Total Pageviews

Sunday, August 21, 2011

Orchid Tea...

         Susulan daripada entri tentang orkid sebagai makanan, kali ini saya fokuskan berkenaan dengan teh.. Memang ramai orang suka minum teh..saya sendiri pun begitu..teh bunga orkid atau dicampur dengan bunga orkid? Menarik bunyinya, yalah.. selalunya yang kita tahu bunga orkid ni kalau di Malaysia jadi hiasan saja..Di sini memang saya tak pernah jumpa lagi teh sebegini di pasaraya atau tempat lain..
       
         Sebenarnya memang dah lama saya dengar tentang orkid ni boleh dibuat teh, tapi bukan semua spesis yang sesuai. Secara logiknya mesti yang ada bau harum atau yang banyak bunganya saja..kalau bunganya sedikit berapa lama nak kumpul, nak dikeringkan lagi..berapa banyak yang tinggal..atau cuba bayangkan Bulbophyllum beccarii dibuat teh..Ughhh..ada sesapa nak cuba..?
      
         Antara  spesis yang boleh dijadikan teh ialah Dendrobium chrysotoxum, chrysanthum. Anoectochilus dan Vanilla kalau yang lain saya tak jumpa lagi..Jom kita tengok beberapa produk teh yang menggunakan orkid..Dalam entri ni saya kumpulkan beberapa produk teh yang menggunakan orkid..

         Orchids as tea..sounds interesting..usually we hear about rose, jasmine or chamomile tea, but now here it is..An Orchid tea..How does it taste..Well I haven't try it yet..cause I've never seen seen it sold here in Malaysia, maybe in Chinese herb shop? 

Here I've compiled some of the tea product that uses orchids as their ingredients..



Inilah teh yang dari bunga Dendrobium chrysotoxum. Biasanya teh sebegini adalah untuk kesihatan..

This is the tea that was made from the flower of Dendrobium chrysotoxum.


Bunga Dendrobium chrysotoxum yang telah dikeringkan..

Dried flowers of Dendrobium Chrysotoxum..



Bancuhan teh dendrobium di atas, nampak macam sedap la pulak..hmm..dah boleh bau aroma teh ni..

The tea looks delicious..can smell it already..



 Kombinasi antara daun teh dengan orkid, rasanya sudah tentu sedikit berbeza..

This is a combination of tea leaves and orchid flowers.



Dendrobium chrysotoxum..Kat rumah ada pokok ni..nanti bila berbunga dan dah nak kering, nak try buat teh la pulak..Kalau nak tahu tentang produk ni klik sini

I've got this plant in my garden, maybe I should try to make use of the dried flowers soon? A good way not to waste the flowers..



Teh hitam yang dicampurkan dengan Vanilla dari Madagascar.

This a Black tea suffused with Madagascar Vanilla..



 Teh hitam dan vanilla di dalam uncang..

The same black tea in a sachet..




 Bancuhan air teh hitam berperisa vanilla..

Black tea with vanilla flavour..

 Lagi satu jenama teh berperisa vanilla

Another brand..


Jenama lain pulak..

Another one..




 Ini pula teh dari Spesis Anoectochilus..Jewel orchid yang dikomersilkan menjadi minuman di dalam tin di Taiwan..Ilustrasi di luar tin minuman itu pun dah menunjukkan daun orkid tersebut. Tak sangka pula spesis ni pun orang buat teh..

This is a tea from the leaves of Anoectochilus formosanus that have been made into canned drinks..This is a Taiwan product. 




Teh dari jewel orkid juga..Another jewel orchid tea


Teh herba yang menggunakan campuran daun Jewel orkid.

A mixture of other herbs and Anoectochilus leaves.



Daun Anoectochilus formosanus Hayata yang dikeringkan

The dried leaves of Anoectochilus formosanus



Anoectochilus formosanus



Ini sekadar gambar hiasan yang saya rasa sesuai dengan entri kali ini..

Chinese brush painting entitled 'Orchid tea'  by Casey Shannon


Everything that's realistic has some sort of ugliness in it. 
Even a flower is ugly when it wilts, a bird when it seeks its prey, the ocean when it becomes violent. 
Sharon Tate
 

 

No comments:

Post a Comment